Sebab kita masih lagi dalam bulan Syawal, Awesome TV terus menyediakan kandungan sempena Aidilfitri iaitu telefilem Takbir Semalam yang akan bersiaran pada 30 Mei 2021 melalui slot Ohsem Tele.
BACA : Saksikan 3 Filem Menarik Pada Hujung Minggu Di Awesome TV
Telefilem Takbir Semalam merupakan arahan Eoon Shuhaini dengan dibarisi pelakon veteran ibu Fauziah Nawi dan pelakon berpengalaman seperti Syafie Naswip, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Penerbit : Jalena Rejab
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd
Pelakon : Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, adik Nurul Qiesrawiyah, adik Aryan dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Takbir Semalam
Takbir Semalam mengisahkan Mak Yah (Fauziah Nawi) yang terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar dengan semua orang. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri.
Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.
Waktu Tayangan
Telefilem Takbir Semalam akan disiarkan pada 30 Mei ini, iaitu hari Ahad jam 9.00 malam di slot Ohsem Tele di Awesome TV. Jika terlepas, anda boleh saksikan semula di website Awesome TV di www.awesometv.my selepas beberapa hari tayangan.