Bagi slot Drama On 2 untuk minggu ini, TV2 membawakan telefilem Syurga Tanpa Dosa pada 25 Julai 2021.
Jika sebelum ini penonton disajikan dengan telefilem Sebelum Pulang dan kali ini adalah telefilem baru pula. Terus kekal di rumah dan tonton drama bersama keluarga dan teman.
Syurga Tanpa Dosa merupakan telefilem Melayu untuk tahun 2021 dibawah arahan Sime Gridgette Zelle dengan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah dan ramai lagi
Tayangan : Drama On 2 di RTM TV2
Pengarah : Sime Gridgette Zelle
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, Fauziah Nawi, Azrel Ismail, Dato’ Ziela Jalil, Zulkifli Ismail, Shaharudin Thamby, Raja Norbaizura dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Syurga Tanpa Dosa
Telefilem Syurga Tanpa Dosa mengisahkan Hisham (Azrel Ismail) seorang yang panas baran. Dalam satu pertengkaran dia telah menceraikan isterinya Nisya (Puteri Aisyah) dengan talak tiga.
Selepas perceraian tersebut, Hisham menyesal kerana masih sayangkan Nisha. Begitu juga dengan Nisha yang masih mencintai suaminya.
Hanya ada satu jalan sahaja yang boleh menyatukan mereka semula. Nisha perlu berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan untuk berkahwin semula dengan Hisham.
Waktu Tayangan
Telefilem Syurga Tanpa Dosa ini akan bersiaran pada 25 Julai ini, hari Isnin jam 9.00 malam di RTM TV2. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau tonton semula kelak.
[…] Tonton Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2 (Drama On 2) […]