Saksikan telefilem baru berjudul Syurga Nur Muhammad yang akan menemui penonton pada 22 Mei 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam menerusi siaran Awesome TV. Anda boleh juga layari awesometv.my untuk pelbagai kandungan online.
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 22 Mei 2022 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Azura Zamri
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Azura Zamri dan Suzanna Zaily Zin
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang terlibat dalam telefilem ini ialah Danish Hazriq, Puteri Sarah Liyana, Lan Siro, Raja Afiq, Amin Haridz, Badrul Muhayat dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Syurga Nur Muhammad
Telefilem Syurga Nur Muhammad mengisahkan tentang Marlia iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan membuat keputusan untuk meninggalkan anak autismenya, Nur Muhammad kepada jirannya, Farid.
Si Ibu membuat keputusan sedemikian semata-mata kerana mendambakan syurga impian dengan perkahwinan keduanya. Adakah anak istimewa tersebut akan kehilangan kasih sayang seorang ibu? Saksikan kesudahan di Awesome TV.

