- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Syurga Di Hati Rahmah yang akan menemui penonton pada 31 Disember 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 31 Disember 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Pengarah : Wan Mohd Hafiz
Produksi : Nusantara Seni Karya

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Azrel Ismail, Husna Mustaffa, Sheila Mambo, Hakim Nordin, Faizul Syaharin, Raden Zaharatul, Farah Wahida, Farisya Zul, Nik Ramly, Nizam Kama, Shamsul Arifin dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Syurga Di Hati Rahmah

Telefilem Syurga Di Hati Rahmah mengisahkan tentang Mursyid telah dikahwinkan dengan gadis cantik dikenali sebagai Rahmah. Namun hakikatnya perkhwinan tersebut boleh dikatakan sebagai kahwin paksa kerana berlangsung atas pilihan ibu Mursyid semata-mata.

- advertisement -

Mursyid cuba membalas dendam dalam diam terhadap tindakan ibunya itu. Dia tidak melayan Rahmah sebagai isterinya dengan baik. Rahmah terus diabaikan dan dia mengetepikan hak Rahmah sebagai seorang isteri yang memerlukan perhatian seorang suami.

Sebaliknya masa yang ada digunakan oleh Mursyid untuk keluar bersiar-siar dan berseronok bersama kekasihnya, Natasya. Kemuncaknya hinggalah sewaktu Rahmah mengandung, Mursyid langsung tidak mempedulikan isterinya itu. Hingga berlaku kejadian malangnya yang menyebabkan sesuatu berlaku kepada Rahmah.

Namun apakah kekesalan dan keinsafan masih berguna pada diri Mursyid? Dapatkah dia mengembalikan nyawa si ibu kepada anak yang tidak berdosa yang memerlukan perhatian daripada seorang ibu?

syurga di hati rahmah
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here