- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Syawal Mencari Cinta pada 1 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem Raya yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan bersama daripada Playground Productions dan Hyper Picutres, diarahkan oleh Megat Sharizal dengan penulisan skrip daripada Hadi Mohd Nor.

Tayangan Asal : 2020
Siaran : Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 1 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Hadi Mohd Nor
Pengarah : Megar Sharizal
Produksi : Playground Productions & Hyper Pictures

Syawal Mencari Cinta

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Syawal Mencari Cinta seperti Iedil Putra, Nadiya Nisaa, Ungku Hariz, Fauzuly Hamdan, Sabrina Hassan, Budi Citawan, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Iedil Putra sebagai Syawal
  • Nadiya Nisaa sebagai Erra
  • Ungku Hariz sebagai Hadi
  • Sabrina Hassan sebagai Anis
  • Daiyan Trisha sebagai Tasha

Sinopsis Telefilem Syawal Mencari Cinta

Telefilem Sywal Mencari Cinta mengisahkan tentang Syawal yang sering kali gagal mencari cinta senjati dan bertekad untuk mendapatkan pilihan hatinya menjelang Hari Raya Aidilifitri.

Pada pagi Raya, Syawal melepak bersama rakannya dan mereka tidak menunaikan solat sunat Hari Raya. Setelah selesai solat sunat Hari Raya, dia ternampak seorang gadis yang tidak pernah dilihatnya di kampung sebelum ini. Syawal terus berkesimpulan bahawa dia telah menemui cinta sejati.

Dia telah mengunjung setiap rumah di kampung untuk menjejaki gadis tersebut. Selepas sekian lama mencari tanpa membuahkan hasil, Syawal terus mengumumkan kepada seluruh kampung bahawa dia akan melaksanakan rumah terbuka untuk hari raya dan semua orang dijemput hadir ke rumahnya.

Namun demikian, setelah selesai rumah terbukanya, gadis yang dicari-cari Syawal masih tidak kelihatan. Dia kecewa lalu berputus asa. Tanpa sedar, gadis yang dijejaki selama ini adalah Cinta, sepupunya sendiri.

Syawal Mencari Cinta
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here