- advertisement -

Minggu ini sekali lagi sepanjang Ramadan dibawakan sebuah telefilem baru berjudul Seutas Tasbih Dari Madu yang akan bersiaran pada 15 April 2022 menerusi slot Skrin Di 9 di saluran TV9.

BACA : Saksikan Telefilem Calon Bini Pak Bilal Di TV9

Sebuah telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Universal Excel Creation Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh seorang pengarah hebat iaitu Feroz Kader dengan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Universal Excel Creation Sdn. Bhd.

- advertisement -

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Arash Mohamad, Haleeda Mazlin, Aishah Azman, Tyara Danella dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Arash Mohamad sebagai Mizan
  • Haleeda Mazlin sebagai Rohana
  • Aishah Azman sebagai Hani

Sinopsis Telefilem Seutas Tasbih Dari Madu

Telefilem Seutas Tasbih Dari Madu mengisahkan tentang seorang suami, Mizan bersama-sama isterinya Rohana yang membenarkan suaminya untuk kahwin lagi iaitu dengan Hani sebagai isteri kedua.

Semasa dalam perkahwinan, Hani sepertinya membenci Rohana tanpa sebab sejak dari bergelar isteri kepada Mizan lagi walaupun sebenarnya Hani dilamar sendiri oleh Rohana.

Bukan itu sahaja, Hani juga telah menuduh Rohana tidak pandai menjaga suami yang sehingga menyebabkan Rohana dimadukan. Apakah pengakhiran cerita ini? Nantikan sama-sama.

seutas tasbih dari madu

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Seutas Tasbih Dari Madu pada 15 April ini, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di saluran TV9 (Astro 149 & Myfreeview 109)

Selain itu, jika anda tidak berkesempatan untuk menonton di kaca tv, anda boleh strim secara online menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here