- advertisement -

Minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sebuah lagi telefilem terbaru bertajuk Setia yang akan menemui penonton semua pada 18 April 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Ariz Capital (Production) Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh seorang pengarah hebat iaitu Feroz Kader.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Feroz Kader
Penerbit : Ariz Capital (Production) Sdn. Bhd.

setia

Barisan Pelakon

Telefilem ini sedikit berbeza dengan yang lain kerana tidak ramai pelakon atau casting yang terlibat. Antara pelakon utama ialah Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Aedy Asyraf dan Wan Sharmila

- advertisement -

Sinopsis Telefilem Setia

Telefilem Setia mengisahkan tentang Syakir yang pada awalnya dijual oleh ayahnya sendiri, Nasir dan sepanjang hidupnya tersiksa dengan perbuatan beliau. Ini semua disebabkan adalah kerana ketagihan dadah.

Selepas Syakir pulang ke pangkuan ibunya semula, dia terpaksa pula menunaikan tanggungjawab atas kepatuhan yang dipinta oleh ibunya untuk mencari ayahnya walaupun hatinya sendiri dendam terhadap orang yang menjualnya sebelum ini. Semuanya kerana zaman kanak-kanaknya hancur dek perbuatan ayahnya sendiri.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk ketahui kesudahan telefilem Setia pada 18 April ini, hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here