Jangan lupa saksikan telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long yang akan menemui penonton pada 2 Ogos 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 2 Ogos 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Farah Izzati
Penulis Skrip : Farah Izzati dan Ijam Lobes Wijolo
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Fifteen Empire (M) Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shakilla Khoriri, Arash Mohd, Kuza Muzani, Hakim Nordin, Donna Muslim, Riena Amierah dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long
Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long mengisahkan tentang Hana yang terpaksa berhenti belajar demi menyara kehidupan ibu dan adik-adiknya selepas kehilangan ayahnya yang meninggal dunia akibat kemalangan ketika bekerja.
Pelbagai dugaan yang perlu ditempuh oleh Hana demi mencari rezeki dan menyara keluarga. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, selain kesukaran tersebut, rumah yang menjadi tempat berteduh mereka juga pula direbut oleh pakciknya.
Hana yang juga Kak Long selaku anak sulung dalam keluarga perlu menggalas tanggungjawah yang besar sebagai ketua keluarga.