- advertisement -

Menyusuli telefilem Cinta Untukku, Sekoci 123 pula akan bersiaran sekali lagi menerusi slot Drama On 2 pada 26 Januari 2022 di saluran RTM di TV2.

Sebuah telefilem arahan sutradara M Nazir Juhan ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Mimi Lana, Fimie Don, Hafreez Adam dan ramai lagi

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : M Nazir Juhan
Skrip : Mimi Zubi
Produksi : Syd Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Mimi Lana, Fimie Don, Norseha Lee, Hafreez Adam dan ramai lagi

  • Mimi Lana sebagai Sheila
  • Fimie Don sebagai Shamil
  • Hafreez Adam sebagai Hanif
sekoci 123

Sinopsis Telefilem Sekoci 123

Telefilem Sekoci mengisahkan seorang anak tukang jahit yang bercita-cita untuk menjadi Fashion Disgner, tetapi ianya ditentang oleh ibunya yang menyuruh anaknya menjadi akauntan yang katanya lebih menjadi masa depan.

- advertisement -

Sofea mengharapkan anaknya, Sheila menjadi seorang akauntan namun Sheila berpura-pura belajar di dalam bidang akaun di sebuah kolej walhal dia sebenarnya mengambil jurusan pereka fesyen.

sekoci 123

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Sekoci 123 pada 26 Januari ini, hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM di TV2.

Selain itu, anda juga boleh strim menerusi portal online RTM KLIK iaitu di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun melalui Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here