- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Sehelai Selendang Putih yang akan menemui penonton pada 23 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 23 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Atie Hayati
Penulis Skrip : Atie Hayati
Pengarah : Jet Li
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fahrin Ahmad, Siti Elizad, Nad Zainal, Ika Nabella, Nur Hanani, Faiz Fathullah, Norasyikin, Aini, Badrul dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fahrin Ahmad sebagai Anuar
  • Siti Elizad sebagai Zahra
  • Nad Zainal sebagai Aisyah
  • Ika Nabella sebagai Anisa
  • Nur Hanani sebagai Amira

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih

Telefilem Sehelai Selendang Putih mengisahkan tentang Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.

- advertisement -

Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka.

Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here