Telefilem Saloma kembali ke kaca tv dan kali ini boleh ditonton tanpa subscriba di Astro First kerana ianya akan disiarkan di Astro Citra pada 20 Februari ini. Katanya ada versi beza sikit kali ini untuk tahun 2021. Korang kena tengok.

Dengan tajuk telefilem iaitu Saloma, pastinya ia akan menceritakan kisah hidup biduanita Negara Puan Sri Saloma dengan dibawa watak oleh pelakon baru. Nabila Huda dipertanggungjawabkan untuk membawa watak utama, Saloma bersama-sama pelakon lain seperti Tony Yusof, Sazzay Falak dan ramai lagi.

BACA : Saksikan Telefilem Delen Arahan Janna Nick (Astro Citra)

Tayangan : Citra Eksklusif (Astro Citra)
Pengarah : Melissa Saila
Skrip : Megat Fauzi
Terbitan : Kus Semangat Aktor
Pelakon : Nabila Huda, Tony Yusoff, Hasnul Rahmat, Sazzy Falak, Putri Balkish, Noor Megat, Lydiawati, Che Kem, Sharifah Amani, Amerul Affendi dan ramai lagi

telefilem saloma

Sinopsis Telefilem Saloma

Telefilem Saloma membawakan kisah hidup biduanita Negara Puan Sri Saloma yang mencoretkan suka duka kehidupan dari kecil, Kisah percintaan bersama Tan Sri P. Ramlee & hingga ke akhir hayatnya. Terdapat 2 bahagian dalam telefilem ini iaitu ketika zaman kanak-kanak dan ketika kehidupan bersama P. Ramlee

Saloma – Mencuri Guruh bahagian pertama daripada dua episod itu berlatar zaman kanak-kanak Saloma sehinggalah kepada penceraiannya dengan suami pertama A R Tompel.

Saloma – Pandang Kaseh bahagian kedua berlatar kehidupan Saloma sewaktu bersama P.Ramlee sehinggalah selepas kematian Seniman Agong negara itu

telefilem saloma

Waktu Tayangan

Komen daripada penonton sebelum ini yang menonton di Astro First, telefilem ini sedih. Jadi anda kena sediakan tisu banyak-banyak tau. Saloma akan disiarkan pada 20 Februari 2021, hari Sabtu, pukul 9 malam di Astro Citra. Anda juga boleh strim secara On Demand atau melalui aplikasi Asto Go.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here