- advertisement -

Slot Citra Exclusive minggu ini akan diisi oleh sebuah cerita dengan genre seram komedi iaitu Saka MySejahtera yang akan bersiaran pada 27 November 2021 di Astro Citra.

BACA : Telefilem Jin (Citra Exclusive Astro Citra)

Musim Covid-19 dan kemudian rakyat Malaysia sudah biasa dengan aplikasi MySejahtera dan perlu scan atau imbas apabila berada di mana-mana premis. Maka terbitlah sebuah telefilem yang berkaitan dengan situasi tersebut.

Judul : Saka MySejahtera
Pengarah : Azhari Zain
Penulis Skrip : Epy Kodian
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Zahiril Adzim, Aziz M. Osman, Fadhli Masoot, Atikah Suhaime, Arie Zaharie, Tuan Asmawi, Bohari Ibrahim dan ramai lagi.

- advertisement -
Saka MySejahtera

Sinopsis Telefilem Saka MySejahtera

Cerita ini mengisahkan bagaimana keadaan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Keras Kepala dilanda Covid-19. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja dilanda Covid-19, tetapi juga menerima serangan hantu.

Hantu dan Saka tersebut sering mengganggu orang kampung yang tidak mengikut SOP yang ditetapkan. Remy iaitu seorang pemuda kampung yang juga merupakan anak kepada tok penghulu memulakan penyiasatan siapakah dalang di sebalik semua kejadian tersebut.

Saka MySejahtera

Waktu Tayangan

Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Saka MySejahtera pada hari sabtu ini, 27 November, jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra 108. Selain itu, boleh juga tonton secara On Demand atau di Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here