- advertisement -

Jangan lupa untuk saksikan telefilem khas yang dibawa sempena Maulidur Rasul bertajuk Sadaqallahulazim yang akan menemui penonton pada 9 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di TV AlHijrah dan secara online di www.alhijrahplus.com

Tayangan : Saluran TV AlHijrah
Tarikh : 9 Oktober 2022 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ungku Hariz, Husna Mustafa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad, Ezlyn Ariffin dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Sadaqallahulazim

Telefilem Sadaqallahulazim mengisahkan tentang Solihin iaitu seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan.

- advertisement -

Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa-apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al-Quran.

Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntunan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas. Namun begitu perkenalan Solihin dengan Iffah mengubah segalanya.

Sejak daripada itu, Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak mahu mengaji kepada yang lebih baik. Adakah tindakan beliau ini benar-benar ikhlas untuk berubah atau semata-mata hanya kerana seorang wanita?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here