- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem S Untuk Syawal pada 5 Mei 2023, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang dibawakan sempena Raya pada tahun 2016 sebelum ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan penulisan skrip daripada Mama Bella.

Tayangan Asal : 2016
Siaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 5 Mei 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem S Untuk Syawal seperti Ben Laden, Shafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, Ika Nabella dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Shafie Naswip sebagai Syawal
  • Rusdi Ramli sebagai Sam
  • Lisdawati sebagai Shila

Sinopsis Telefilem S Untuk Syawal

Telefilem S Untuk Syawal mengisahkan tentang Syawal Iskandar yang lahir pada 1 Syawal, iaitu anak tunggal kesayangan Sam dan Shila. Sam menemui ajal apabila diserang sakit jantung setelah 12 tahun genap kelahiran Syawal.

Syawal menyangka Shila mencari pengganti arwah Sam. Dia melarikan diri meninggalkan Shila menyambut Hari Raya sendirian. Shila cuba untuk memujuk hatinya dan membawa diri ke rumah orang tua.

Shila terlalu rindukan Syawal. Suatu hari, Shila terjatuh di bilik air dan ia mula mengubah hidupnya. Shila hidup terlantar di atas katil dalam keadaan yang lemah.

Tidak lekang di bibir Shila menyebut “S untuk Syawal, Syawal anak kesayangan ibu”, iaitu ungkapan yang kerap disebut ketika membelai Syawal semenjak Syawal dilahirkan.

S Untuk Syawal
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here