Slot Ohsem Tele kali ini membawakan sebuah telefilem Rompak Raya yang dibawakan khas sempena Aidilfitri yang akan disiarkan pada hari raya ke-4 iaitu pada 16 Mei 2021.
BACA : Tonton Telefilem Pang Pokok Ketapang (Awesome TV)
Sebuah telefilem genre komedi ini menampilkan gandingan pelakon hebat, hero malaya iaitu Syafiq Kyle dan Amerul Affendi yang diarahkan oleh Ariff Zulkarnain.
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Amar Amir
Penerbit : MYO
Produksi : Spacevision Sdn. Bhd.
Pelakon : Syafiq Kyle, Amerul Affendi, Haeriyanto Hassan, Aishah Atan, Naque Ariffin, Amir Ameezan, Nesa Idrus, Sri Idrina, Farazeeqa, Aryan Adzrin dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Rompak Raya
Telefilem mengisahkan Amy (Amerul Affendi) dan Awie (Syafiq Kyle) yang memerlukan duit untuk menyambut hari raya yang akan datang. Tetapi disebabkan mereka tiada duit, lalu mereka nekad untuk merompak sehari sebelum raya.
Tanpa disangka mereka dikepung oleh polis dan terperangkap dalam kedai tersebut bersama Mak Teh, Suraya dan Geeta. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Amy dan Awie akan ditangkap oleh polis?
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa pada raya ke-4 anda (16 Mei ini), saksikan telefilem Rompak Raya, pada hari Ahad, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112.
Anda juga boleh saksikan semula telefilam ini beberapa hari selepas tayangan melalui laman web Awesome TV di www.awesometv.my