- advertisement -

Slot Drama On 2 diteruskan lagi dan kali ini RTM membawakan semula sebuah telefilem berjudul Roda Ceketeng yang akan diulang siar di siaran TV2 pada 16 Februari 2022.

Cerita ini merupakan sebuah telefilem yang mengangkat sukan rakyat terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan di Johor iaitu diberi nama perlumbaan ceketang.

Ceketeng merupakan gerabak pengangkutan hasil pertanian buatan penduduk tempatan yang menggabungkan komponen enjin motosikal dan kereta serta gerabak pengangkut.

Namun hasil kreativiti anak tempatan, ceketeng kini bukan sahaja digunakan untuk mengangkut hasil pertanian tetapi menjadi sukan perlumbaan bermotor yang akan ditonjolkan dalam telefilem Roda Ceketeng ini.

- advertisement -

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Mejar Zainal Hayat
Penulis Skrip : Kazar
Produksi : Trek Hasrat Sdn. Bhd.

roda ceketeng

Barisan Pelakon

Telefilem ini menampilkan pelakon seperti Sari Yanti, Talha Harith, Kazar Saisi, Adam Shahz, Amir Raja Lawak, Feiyna Tajudin dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Roda Ceketeng

Telefilem Roda Ceketeng mengisahkan tentang niat Norman untuk menjadi pelumba motor lasak mendapat tentangan ayahnya Pak Jamil sehingga beliau dihalau dari rumah. Namun tidak lama membawa hatinya yang kecewa di bandar, Norman merancang pulang ke semula ke kampung akibat kesempitan wang.

Begitu pun hajatnya tidak kesampaian apabila beliau tercedera semasa berlumba motor. Beliau kemudiannya menumpang di rumah Johan dan tidak mahu kembali ke rumahnya kerana terkenangkan kisah dahulu dihalau ayahnya. Pak Jamil pula tetap dengan egonya walau dipujuk isteri dan anak perempuannya.

Taib merupakan dalang yang sering memfitnah Norman kerana beliau ingin mencuri hati Sarah yang merupakan buah hati Norman. Sarah menghadiahkan sebuah Ceketeng buat Norman untuk memasuki perlumbaan Ceketeng Tahunan yang diadakan di kampungnya yang pernah dimenangi oleh Pak Jamil sebanyak 3 kali berturut-turut.

Ceketeng Norman telah disabotaj dan Pak Jamil menarik diri daripada perlumbaan dan memberi Ceketengnya untuk digunakan Norman. Pak Jamil menyuruh Norman kembali ke rumah dan menghadiahkannya sebuah motosikal lasak sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.

Apakah kesudahannya?

  • roda ceketeng
  • roda ceketeng

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Roda Ceketeng pada 16 Februari ini, hari Rabu, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda boleh menontonnya menerusi portal online RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi rtm mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here