- advertisement -

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem berjudul Robohnya Rumah Kecil yang akan menemui penonton pada 10 April 2022 menerusi slot Layar Okey di RTM TV Okey.

BACA : Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey (Layar Okey)

Telefilem terbitan syarikat produksi Switch On Entertainment Sdn. Bhd. ini merupakan arahan pengarah tidak asing lagi Sharidan Popeye dengan hasil nukilan skrip oleh Engku Seri Kelantan.

Tayangan : Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Sharidan Popeye
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan
Penerbit : Shahriz Taher Kal Azhar
Produksi : Switch On Entertainment Sdn. Bhd.

- advertisement -
robohnya rumah kecil

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Robohnya Rumah Kecil ialah Raja Atiq, Azhan Rani, Noorkhiriah, Nasir Bilal Khan, Tuan Noze dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Raja Atiq sebagai Syamil
  • Azhan Rani sebagai Man
  • Noorkhiriah sebagai Ana
  • Nasir Bilal Khan sebagai Pak Mail

Sinopsis Telefilem Robohnya Rumah Kecil

Telefilem Robohnya Rumah Kecil mengisahkan tentang seorang remaja OKU yang menghidapi autism iaitu Syamil yang sangat menyayangi ayah, abang dan kakaknya dengan sepenuh hati.

Pada suatu hari, Syamil telah berdepan dengan konflik perhubungan dengan abang kandungnya yang ego dan sombong denga kerjayanya.

Kerana perkara itu, telah terjadi suatu tragedi yang menimpa keluarga mereka dan akhirnya telah mengubah sikap buruk abangnya tersebut.

  • robohnya rumah kecil
  • robohnya rumah kecil

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Robohnya Rumah Kecil pada 10 April ini, hari Sabtu pada pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey (Astro 146 dan Myfreeview 110)

Selain itu, jika tidak berkesempatan untuk menonton di tv, anda boleh saksikan secara online melalui portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store


- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here