- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Rezeki Tanpa Alamat yang akan menemui penonton pada 25 September 2022, hari Ahad pada pukul 10.30 malam di slot Cereka Ahad TV3 dan secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 25 September 2022 (Ahad)
Waktu : 10.30 Malam
Penulis Skrip : Did Wahida Rosdi
Pengarah : Ahmad Idham
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Azrel Ismail, Dato Seri Eizlan Yussof, Jasmin Hamid, Aman Graseka, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Sharul
  • Jasmin Hamid sebagai Zainab
  • Dato Seri Eizlan Yussof sebagai Azri
  • Jay Iswazir sebagai Malik

Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat mengisahkan tentang kehidupan Sharul selepas kematian ayahnya. Zainab iaitu ibu tirinya menganggap punca kematian suaminya adalah berpunca daripada anak tirinya sendiri iaitu Sharul.

- advertisement -

Sedari dari kecil, Zainab tidak pernah menyayangi Sharul. Kasih sayang sering dibeza-bezakan antara Sharul dan anak kandungnya, Malik.

Selepas kehilangan ayah, Sharul tidak minta apa-apa kecuali songkok peninggalan arwah. Songkok itu menjadi peneman Sharul, ke mana saja dia pergi.

Sejak dari itu, dia tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan.

Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut.  Sewaktu menjadi gelandangan di kaki lima, Sharul bertemu dengan Azri.

Takdir telah ketemukan mereka berdua yang mana Azri bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat).

Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa Azri yang sebenar.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here