- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Rekah Di Jari Kak Long yang akan menemui penonton pada 19 Julai 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 19 Julai 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Early Bird Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Beto Kusyairy, Nazeera Sardi, Ayu Ayuni Mzul Helmy, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Putri Qaseh dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Rekah Di Jari Kak Long

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long mengisahkan tentang Kak Long yang terpaksa menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga setelah ayahnya jatuh sakit. Oleh itu, dia menoreh getah bagi menanggung ayah dan adik-adiknya.

- advertisement -

Kak Long kecewa kerana Syafik menghilangkan diri semasa hari pernikahan mereka sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia. Lukman yang menaruh hati pada Kak Long telah membuat fitnah sehingga Syafik percaya Kak Long bukan perempuan yang baik.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here