Jangan lupa saksikan telefilem Raya Sebagai Isteri pada 29 April 2023, 8 Syawal, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.
Telefilem khas Raya ini merupakan terbitan syarikat Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Michael Ang dengan penulisan skrip daripada Rehal Nuharis.
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 29 April 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Raya Sebagai Isteri seperti Hawa Rizwana, Zizan Razak, Datin Nina Juren, Auni Yusri, Issey Fazlisham dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Zizan Razak sebagai Haidar
- Hawa Rizwana sebagai Soraya
- Datin Nina Juren sebagai Kalsom
- Auni Yusri sebagai Indah
- Issey Fazlisham sebagai Tok Kadi
Sinopsis Telefilem Raya Sebagai Isteri
Telefilem Raya Sebagai Isteri mengisahkan tentang pasangan Soraya dan Haidar yang telah disatukan sebagai suami isteri dalam bulan Ramadan atas kehendak ibu Soraya sendiri, Kalsom.
Disebabkan itu, hubungan Soraya dengan ibunya dingin. Soraya jadi marah bila Haidar rapat dengan ibunya sendiri. Sebenarnya mereka menyimpan suatu rahsia yang orang lain tak tahu. Apakah rahsia tersebut?

