Sempena Hari Raya Aidilfitri, Awesome TV bawakan sebuah telefilem Raya Pukul 7 melalui slot Special Raya Tele yang disiarkan pada sehari sebelum Aidilfitri iaitu pada 12 Mei 2021.
BACA : Awesome TV Tayangkan Filem Hebat (Abang Long Fadil, KL Special Force, Sembilu) Sepanjang Aidilfitri
Filem yang membawakan vibe hari raya kepada semua penonton yang menyaksikan telefilem ini. Pastinya akan memberikan sedikit sebanyak mood raya ketika menonton. Lagi pula, ianya sebuah telefilem komedi dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga.
Tayangan : Special Raya Tele di Awesome TV
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip : Wan Saiful Shahrizan
Penerbit : Fadzil Hamdan
Produksi : Suara Kita Produksi
Pelakon : Issey Fazlisham, Dato Mustapha Kamal, Dalimawati, Yuna Rahim, Fadzil Hamdan, Shawal Osman, Syed Muhammad Irfan, Auni Zahra dan ramai lagi
- Issey Fazlisham sebagai SHAWAL
- Dalimawati sebagai MAK ROSIAH
- Yuna Rahim sebagai FARAH
- Dato Mustapha Kamal sebagai TURIP ARJUNA
- Fadzil Hamdan sebagai ANUAR
- Shawal Osmal sebagai KAMAL


Sinopsis Telefilem Raya Pukul 7
Tibanya 1 Syawal, Awal bersiap ke masjid namun pelik kerana tiada orang. Rupanya dia tertidur pada pagi raya dan hanya terjaga pada pukul 7 petang akibat letih membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkah Shawal beraya pada hari tersebut? Saksikan telefilem Raya Pukul 7 di Awesome TV.
Waktu Siaran
Untuk tontonan, telefilem Raya Pukul 7 ditayangkan pada 12 Mei 2021 (Malam Raya), hari Rabu jam 9.00 malam di Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112. Jika anda terlepas, anda boleh saksikan secara On Demand di webite Awesome TV di www.awesometv.my atau klik pautan dibawah