Jangan lupa saksikan telefilem atau supertele original Raya Heist pada 3 Mei 2023, bersiaran mulai hari Rabu hingga seterusnya yang akan ditayangkan secara eksklusif di platform watch.tonton.com.my atau di aplikasi mudah alih.
Telefilem yang ditayangkan khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat Razor Edge, diarahkan oleh Dato’ Prof Dr. A Razak Mohaideen dengan penulisan skrip daripada Hafiz Abdullah.
Tayangan : Tonton Original di Tonton
Tarikh : 3 Mei 2023 (Rabu)
Masa : 12.00 AM
Penulis Skrip : Hafiz Abdullah
Pengarah : Dato’ Prof. Dr. A Razak Mohaideen
Produksi : Razor Edge


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Raya Heist seperti Nora Danish, Hazama, Fad Bocey, Amir Raja Lawak, Aziz M. Osman, Md Salleh, Fiza Halim, Kuna Muzani, Suky San, Kaweng, Atira Karma dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nora Danish sebagai Nor
- Hazama sebagai Dollah
- Fad Bocey sebagai Borhan
- Amir Raja Lawak sebagai Amir
- Aziz M. Osman sebagai Hj. Osman
- Md Salleh sebagai Agus Bodyguard
- Fiza Halim sebagai Munah
- Kuna Muzani sebagai Mak Leha
- Suky San sebagai Ustaz Hashim
Sinopsis Telefilem Raya Heist
Filem Raya Heist mengisahkan tentang tiga sekawan yang membesar bersama iaitu Nor, Dollah dan Borhan yang mana mereka telah melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung. Namun, kehidupan masing-masing telah membawa haluan yang berbeza.
Selepas 25 tahun, mereka telah berjumpa kembali di majlis pengebumian Ustaz Hashim. Hj Osman yang merupakan seorang ahli perniagaan dan orang kaya di kampung itu dipercayai menjadi punca serangan jantung Ustaz Hashim. Dia telah dipercayai menipu bukan sahaja Ustaz Hashim malah ramai lagi orang kampung.
Apabila mendapat tahu punca kematian mentor tersayang itu, rasa marah mula meluap-luap dalam diri Borhan. Dia nekad untuk membalas dendam atas kematian Ustaz Hashim. Walaupun berat hati, Dollah dan Nor juga bersetuju untuk menyertai misi Borhan ini.
Menurut buah mulut orang kampung, Hj Osman memiliki jongkong-jongkong emas yang disimpan di dalam sebuah peti besi. Emas-emas itulah yang menjadi sasaran Borhan, Dollah dan Nor. Mereka juga mendapat bantuan rakan mereka yang bernama Amir. Amir merupakan seorang pakar gajet.
Menjelangnya malam raya pada setiap tahun, Hj Osman pasti akan menganjurkan sebuah kenduri marhaban di rumahnya. Waktu itulah trio ini bakal menjalankan rompakan mereka.
Mampukah mereka bertiga serta mendapat bantuan Amir menjayakan rompakan ini?

