Jangan lupa saksikan telefilem Puteri Perak Terakhir pada 8 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem yang mengetengahkan tarian tradisi negeri Perak ini merupakan terbitan syarikat RTC Entertaiment dan diarahkan oleh Asri Bayu.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 8 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Asri Bayu
Produksi : RTC Entertainment


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefielm Puteri Perak Terakhir seperti Fauziah Nawi, Dato’ Rahim Razali, Farez Ridzwan, Tisha Shamsir, Laila Nasir, Rusdi Ramli, Engku Faridah, Shu Adda, Azlee Khairi, Nasieh Amin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Fauziah Nawi sebagai Bonda Wan Anum
- Tisha Shamsir sebagai Puteri Nurlisa
- Laila Nasir sebagai Wan Asiah
- Rusdi Ramli sebagai Megat Hamidi
- Engku Faridah sebagai Enda Asyikin
Sinopsis Telefilem Puteri Perak Terakhir
Telefilem Puteri Perak Terakhir mengisahkan tentang Bonda Wan Anum yang mahukan cucunya iaitu Puteri Nurlisa meneruskan warisan tarian Cempaka Sari di Perak.
Akan tetapi ibunya iaitu Wani Asiah tidak setuju kerana menganggap tarian tersebut adalah punca kenapa ayahnya meninggalkan mereka sebelum ini.
Konflik semakin memuncak apabila Nek Wan menerima lamaran tanpa pengetahuan Wan Asiah. Kebenaran terungkap apabila bapa Wan Asiah, suami kepada Nek Wan muncul pada suatu hari.

