- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Pulau Tengkorak yang akan menemui penonton pada 28 Jun 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Dato T. S. Jeffry
Produksi : Pentas Wayang Production

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Z. Zamrie, Man Khan, Tisha Shamsir, Aris Kapilla, Yank Kassim, Dato’ T. S Jeffry dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Pulau Tengkorak

Telefilem Pulau Tengkorak mengisahkan tentang Ketua Kampung iaitu Tok Ngulu Ahmad Belacak yang terlekat biji nangka madu di halkum sewaktu santap petang di rumah isteri ketiganya.

- advertisement -

Dari sehari ke sehari, keadaan Tok Ngulu semakin teruk. Halkum jadi bengkak. Nak makan, nak minum, nak bercakap pun tak boleh. Tok Ngulu hanya mampu guna tangan sebagai bahasa isyarat. Hal itu membuatkan banyak urusan Pulau tergendala.

Setelah berbincang dengan Usin Belatuk, orang kanannya, Tok Ngulu setuju untuk cari calon gantikan tempatnya. Maka bermulalah pencarian calon yang layak.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here