Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sebuah naskhah terbaru telefilem Pulang Yang Dirindui yang akan menemui penonton pada 7 Mac 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Sebuah telefilem arahan Wan Cromox menampilkan pelakon seperti Ku Faridah, Elisha Sandha dan Zoey Rahman.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Wan Cromox
Idea Asal : Wan Mahani Wan Hassan
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Produksi : Juanridz Pictures Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Ku Fridah, Shaharuddin Thamby, Nur Albaniah, Zoey Rahman, Elisha Sandha, Zaki Azeman, Amanda Misbun dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui
Telefilem Pulang Yang Dirindui mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Zahim yang terpaksa menyamar sebagai anak kepada Zaiton atau Mak Ton yang diambil dari rumah orang-orang tua demi untuk membahagiakan seorang ibu yang terlalu merindui anak-anaknya.
Mak Ton pernah koma semasa berada di rumah kebajikan. Akibatnya, dia hilang ingatan sehingga tidak dapat mengingati wajah tiga orang anaknya.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Pulang Yang Dirindui pada 7 Mac 2022, hari Isnin, pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih dari Play Store atau App Store.