- advertisement -

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sekali lagi atau ulang siang sebuah telefilem berjudul Puan Bos yang akan bersiaran pada 1 Mac 2022 di slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem arahan Amzari Amir ini bakal mengetengahkan gandingan hebat antara Nadiya Nisaa dan Zahiril Adzim sebagai pelakon dan peneraju utama dalam cerita ini.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Amzari Amir
Cerita Asal : Adza Emie Adenan
Penulis Skrip : Adza Emie Adenan
Produksi : Wayang Tinggi Produksi Sdn. Bhd.

puan bos

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Ran Hashim Raja Lawak, Fatin Nur Azzreen, Man Raja Lawak, Joyce Harn dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Nadiya Nisaa sebagai Puan Tasha/Puan Bos
  • Zahiril Adzim sebagai Nazri
  • Joyce Harn sebagai Jasmin
  • Fatin Nur Azzreen sebagai Sally
  • Man Raja Lawak sebagai Daniel

Sinopsis Telefilem Puan Bos

Telefilem Puan Bos mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang keduanya merupakan pereka hiasan dalaman kuat kerja atau ‘workhalic’ berhadapan dengan cabaran yang terhebat dalam perkahwinan mereka apabila si isteri menjadi bos kepada suaminya.

Tasha telah dilantik sebagai Head Of Department di syarikat suaiminya walaupun jawatan tersebut diidam-idamkan oleh suaminya. Dengan jawatan yang diperoleh tersebut, kini Tasha telah menjadi bos kepada suaminya.

Agaknya apalah perasaan Nazri apabila isterinya sendiri akan jadi bos kepadanya?

  • puan bos
  • puan bos

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Puan Bos pada 1 Mac 2022, hari Selasa, pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here