Slot Citra Exclusive diteruskan lagi selepas Survival 486 ditayangkan sebelum ini dan kali ini pula sebuah telefilem seram berjudul Puaka Janda bakal disiarkan pada 29 Januari 2022 di saluran Astro Citra.
Kali ini kita boleh tengok macam mana Kak Lina Pompom atau Elly Mazlein berlakon serius sebagai pengamal ilmu hitam sekali gus menjadi watak utama dalam telefilem ini bersama pelakon-pelakon lain seperti Nasz Sally dan Haeriyanto Hassan
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Hashim Rejab
Penulis Skrip : Pouvin Sandera dan Tommy Loh
Produksi : Pencil Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak Lakonan
Berikut merupakan antara pelakon yang membarisi telefilem ini seperti
Elly Mazlein, Nasz Sally, Haeriyanto Hassan, Mak Wan, Kak Girl, Din Tamam, Faris Fitri dan ramai lagi
- Elly Mazlein sebagai Mariam
- Nasz Sally sebagai Khalisha
- Haeriyanto Hassan sebagai Tok Leman
- Kak Girl sebagai Mak Gayah


Sinopsis Telefilem Puaka Janda
Telefilem Puaka Janda mengisahkan seorang gadis miskin, Mariam yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua.
Dia menghadapi pelbagai dugaan selepas suami dan ibu bapanya mati dalam keadaan ngeri dan dia dituduh sebagai penyebabnya.
Selepas mempelajari ilmu hitam, dia kembali ke kampung untuk menuntut bela terhadap semua pihak yang pernah menzaliminya
Waktu Bersiaran
Telefilem Puaka Janda ini akan bersiaran pada 29 Januari ini bersamaan dengan hari Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108.
Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasinya yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.