Sempena Aidilfitri, Astro Citra membawakan sebuah telefilem Puaka Hari Raya yang akan bersiaran pada raya ke-3 iaitu pada 15 April 2021 melalui slot Citra Exclusive.
BACA : Telefilem Ibu Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)
Kali ini, Astro Citra membawakan sebuah drama seram arahan Feroz Kader dengan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Khatijah Tan dan ramai lagi. Jadi malam raya nanti, duduk di depan tv dan tonton telefilem ini.
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Seri Dewi
Penerbit : Datin Sri Noraini Abdul Jalil, Jan Mohd Amin & Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Sharul Kamal, Aman Aziz, dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Puaka Hari Raya
Telefilem Puaka Hari Raya mengisahkan Fahmi yang menderhaka kepada ibunya dan lari meninggalkan kampung pada malam raya.
Setelah beberapa tahun dia kembali namun yang menantinya adalah “puaka” yang menculik anak-anak kecil sebagai ganti kerana merindui Fahmi.
Waktu Siaran
Telefilem Puaka Hari Raya akan disiarkan pada 15 Mei ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exsclusive di Astro Citra. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.