Jangan lupa saksikan telefilem khas Kemerdekaan, PT6210 yang akan menemui penonton pada 31 Ogos 2022, hari Rabu pada pukul 10.00 malam di Astro Prima 105 dan secara online di Astro Go.
Tayangan : Astro Prima 105
Tarikh : 31 Ogos 2022 (Rabu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Adza Emie Adenan
Penulis Skrip : Adza Emie Adenan, Yus Waisar & Yus Yusoff
Pengarah : Yus Yusoff
Produksi : Panaric Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Anuar Kin Wag, Fimie Don, Mahmud Ali Basha, Margaret Gan, Kalpana Shree dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem PT6210
Pada tahun 1970, pada saat jurang perkauman berada di kemuncak, seorang pemuda Melayu mendapati dirinya perlu pulang ke kampungnya di Kedah untuk melihat bapanya yang sedang nazak.
Hanya ada satu cara yang boleh membawanya ke sana iaitu menaiki sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki Cina pertengahan usia.