- advertisement -

RTM akan bawakan atau ulang siar sekali lagi telefilem Psikopat dan kali ini akan menemui penonton pada 23 Februari 2022 menerusi slot Drama On 2 di siaran TV2.

Telefilem arahan Fairuz Loy dengan hasil penulisan skrip daripada Mazelan Manan ini telah menampilkan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Aida Aris, Janet khoo dan Azhan Rani.

Naskah ini memaparkan bagaimana keadaan mereka yang menghidap penyakit ‘psikopat’ dimana antara ciri-ciri perilaku termasuklah antisosial, tidak memiliki rasa simpati dan tidakannya begitu berani hingga adakalanya tidak terkawal.

Selain itu, mereka juga tidak rasa bersalah jika melakukan kesalahan, termasuk melakukan tindakan jenayah.

- advertisement -

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Fairuz Loy
Idea Asal : Emmatoyz
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Penerbit : Aida Aris
Produksi : Cinta Kasih Sdn. Bhd.

psikopat

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini Psikopat ini ialah Aida Aris, Janet Khoo, Azhan Rani, Nur Yasmyn Aleesyha, El Faeza Ul Haq, Kenny Ong dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Aida Aris sebagai Marlia
  • Janet Khoo sebagai Syirin
  • Azhan Rani sebagai Amirul

Sinopsis Telefilem Psikopat

Telefilem Psikopat bermula dengan kisah Nur Syirin yang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan membunuh suaminya.

Dia cuba sedaya upaya menegakkan kebenaran membela dirinya di makhamah dengan menyatakan bahawa suaminya, Amirul ialah seorang yang menghadapi gangguan mental. Dia telah melepaskan perasaannya dengan mendera Syirin secara fizikal. Malah pada masa sama juga memukul Syirin dengan tali pinggang dan mengancamnya dengan mengacukan pisau.

Tindakan Syirin untuk mempertahankan dirinya dengan menggunakan kayu golf tanpa diduga telah mengakibatkan kematian Amirul secara tidak sengaja.

Isteri pertama Amirul bernama Marlia, seorang peguam, tidak dapat terima bahawa suaminya ialah seorang pesakit jiwa dan penyiksa wanita. Beliau ingin tahu kisah sebenarnya suaminya terbunuh.

Beliau menyiasat perkara ini dan menemui beberapa orang yang mengenali suaminya. Beliau juga telah menemui Syirin dan Ramly, rakan suaminya. Beliau terkejut mendapat tahu dari mereka bahawa beliau sendiri merupakan punca arwah suaminya mengalami gangguan mental dan tekanan jiwa.

Beliau sedar bahawa sikap dan layanan beliau pada Amirul juga telah menyebabkan beliau mencari wanita lain dan akhirnya membawa ke kematian beliau.

Begitupun masihkah ada ruang untuk Syirin membela diri sekaligus terlepas daripada tuduhan membunuh secara sengaja? Bagaimana pula situasi Marlia berdepan kenyataan dirinya merupakan penyebab suaminya menjadi psiko? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

psikopat

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan semula telefilem Psikopat yang akan bersiaran pada 23 Februari ini, hari Rabu, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2

Selain itu, anda boleh tonton secara online di portal RTM KLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau disini dengan menonton pada bila-bila masa sahaja. Boleh juga saksikan menerusi aplikasi Mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here