Jangan lupa saksikan telefilem Pondok Senja yang akan menemui penonton pada 2 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 10.30 malam di slot Cereka Ahad di TV3 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 2 Oktober 2022 (Ahad)
Waktu : 10.30 Malam
Penulis Skrip : ZM Emdee
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeerah Sardi, Syafie Naswip, Kamal Sumbu dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Pondok Senja
Sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal yang sedang belajar di universiti iaiti Zulfa, dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan.
Warisannya adalah menjaga sebuah pondok agama di sebuah kampung. Dapatkah zulfa melaksanakan wasiat tersebut? Apakah yang terjadi di hujung misi dia ini?





