Jangan lupa saksikan telefilem Pesanan Kubur yang akan menemui penonton pada 12 Jun 2022, hari Ahad pada pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 12 Jun 2022 (Ahad)
Waktu : 2.30 Petang
Idea Asal : Kadir Patoi
Penulis Skrip : Kadir Patoi dan Amni Zahra
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Produksi : Adi Karya Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara bintang dan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Hafizul Kamal, Azizul Ammar, Kazar Saisi, Rosnah Johari, Jaser Supayah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Hafizul Kamal sebagai Iqmal
- Azizul Ammar sebagai Mie
- Kazar Saisi sebagai Pak Deris
Sinopsis Telefilem Pesanan Kubur
Telefilem Pesanan Kubur mengisakan tentang dua sahabat baik, Iqmal dan Mie yang telah dipecat daripada tempat kerjanya akibat lalai dan sering bermain permainan game online sewaktu bekerja.
Disebabkan mereka tiada lagi pekerjaan dan dalam masa sama ada hutang yang perlu dibayar, mereka perlu mencari idea untuk menjadi kaya. Akhirnya mereka telah berjumpa dengan Tok Hitam yang mana akan menjadikan mereka kaya.
Tetapi Tok Hitam juga telah meletakkan banyak syarat sebelum permintaan mereka termakbul sehinggalah mereka ditawarkan untuk menjadi penggali kubur. Apakah kesudah nasib dua sahabat tersebut pada akhinya?