Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem istimewa Ramadan berjudul Permintaan Terakhir Abah yang akan bersiaran pada 10 April 2022 menerusi saluran Awesome TV.
BACA : Telefilem Suamiku Old School Di Awesome TV
Telefilem yang pastinya sarat dengan pengajaran ini merupakan terbitan syarikat produksi Opyglobal Pictures Sdn. Bhd. yang mana diarahkan oleh 2 beradik iaitu Opie Zami dan M. Hitler Zami.
Tayangan : Awesome TV
Pengarah : Opie Zami
Idea Asal : Nurul Syahida Mohd Fadil Thani
Penulis Skrip : Nurul Syahida Mohd Fadil Thani
Produksi : Opyglobal Pictures Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Hafidzuddin Fazil, Johan As’ari, Jay Iswazir, Hakim Nordin, Nur Atyka, Suraida, Latif Zami, Muhamad Adib, Firas Danial dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah
Ianya mengisahkan tentang seorang Abah dalam sebuah keluarga yang ingin menyatukan anak-anakanya yang semakin jauh terpisah kerana perbezaan pendapat.
Dengan itu, Abah tekad untuk membetulkan keadaan dengan membuat permintaan yang pelik kepada anak-anaknya sempena Hari Raya akan datang.
Apakah permintaan yang sehingga mengejutkan anak-anaknya tersebut?


Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Permintaan Terakhir Abah pada 10 April ini, hari Ahad pada pukul 10.00 malam menerusi saluran Awesome TV (Astro 123 dan Myfreeview 112).
Selain itu, anda juga boleh strim secara online pelbagai kandungan yang tersedia di laman web rasmi Awesome TV di awesometv.my