Jangan lupa saksikan telefilem Perempuan Di Hujung Kampung yang akan menemui penonton pada 1 September 2022, hari Khamis pada pukul 1.30 tengah hari di saluran TV9 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : TV9
Tarikh : 1 September 2022 (Khamis)
Waktu : 1.30 Petang
Idea Asal : Adza Irdawati
Penulis Skrip : Adza Irdawati & Adza Emie
Pengarah : Jetlee Nazie Juhan
Produksi : ZK Creative Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Amar Asyraf Zailuddin, Cha Cha Maembong, Marissa Yasmin, Datin Fadilah Mansor, Esma Danial, Norazhar Buyong, Muhammad Saidi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Amar Asyraf sebagai Umar Ariffin
- Cha Cha Maembong sebagai Bintang
- Marissa Yasmin sebagai Embun
- Datin Fadilah Mansor sebagai Nek Kasih
- Esma Danial sebagai Ustaz Ghazal
Sinopsis Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung
Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung mengisahkan tentang Umar Ariffin yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan sebagai wartawan juga merudum
Ditambah pula, rakannya kini sudah dinaikkan pangkat ke Ketua Bahagian tetapi tidak untuk Umar. Disebabkan itulah, dia dicabar untuk mencari sebuah kisah masyarakat bagi membuktikan yang dia juga layak untuk jawatan tersebut.
Kemudian dia mendapat tahu satu cerita yang menceritakan tentang 3 balu yang malang kerana setiap lelaki yang berkahwin dengan mereka pasti akan meninggal dunia sebelum sampai 1 tahun.
Adakah cerita tersebut benar dan akan memberikan kesan kepada artikel yang ingin diterbitkan oleh Umar Ariffin? Saksikan kesudahannya.