Jangan lupa saksikan telefilem Perauk Tambang yang akan menemui penonton pada 20 Ogos 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 20 Ogos 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Yus Waisar
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi : Syaz Petra Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mubarak Majid, Azam Pitt, Elisya Sandha, Nora Maya, Vincent, Mazlan Hipni, Sharu-al Aziza, Tina dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Mubarak Majid sebagai Pak Tambang
- Azam Pitt sebagai Zamin
- Elisya Sandha sebagai Sarah
Sinopsis Telefilem Perauk Tambang
Telefilem Perauk Tambang mengisahkan tentang Pak Tambang yang telah berpuluh tahun menjadi pengusaha perahu tambang. Disebabkan itulah, anaknya, Zamin meminta ayahnya untuk berhenti kerja.
Keputusan ini dibuat kerana ayahnya sudah tua dan mahu ayahnya berehat di rumah kerana dia sendiri mampu untuk menyara ayahnya tersebut.
Namun begitu, Pak Tambang berkeras malah turut memberi perkhidmatan percuma perahu tambang di Sg. Sarawak kepada pelanggan hingga menyebabkan Zamin digelar anak yang tidak mengenang budi.
Dalam pada itu lah, Jalot pula menuduh Pak Tambang mengancam periuk nasi mereka kerana memberikan tambang percuma dan pastinya ramai yang akan menggunakan perkhidmatannya. Namun apakah kesudahan pada akhinya?