- advertisement -

Minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan ulang siar sebuah telefilem berjudul Penyiasat Viral yang akan bersiaran pada 19 April 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Ianya sebuah telemovie yang bakal mendidik masyarakat bijak menggunakan media sosial selain tidak taksub dengan apa yang dipaparkan. Disamping mengangkat nilai persahabatan sepanjang penceritaan.

Telefilem ini merupakan idea asal daripada tuan pengarah sendiri iaitu Wan Affendy Abdullah dengan hasil nukilan skrip oleh beliau juga bersama Bainun Waheeda dan diterbitkan oleh syarikat produksi Bolt Studio Sdn. Bhd.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Idea Asal : Wan Affendy Abdullah
Pengarah : Wan Affendy Abdullah
Penulis Skrip : Bainun Waheeda & Wan Affendy Abdullah
Produksi : Bolt Studio Sdn. Bhd.

- advertisement -
penyiasat viral

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Elizabeth Tan, Jaja Eylias, Lia Natalia, Ken Ridzuan, Azman Hassan, Aman Salleh, Ghadafi, Meliki, Azwan Razali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Elizabeth Tan sebagai Sarah
  • Lia Natalia sebagai Tiara
  • Jaja Eylias sebagai Rina

Sinopsis Telefilem Penyiasat Viral

Telefilem ini mengisahkan tentang Sarah yang baru bekerja di QRT Media sebagai wartawan. Tiara yang mengendalikan sebuah progam di situ merupakan seorang influencer yang menjadi idola Sarah.

Sarah banyak terpengaruh dengan Tiara dan perkara ini tidak disenangi Rina, rakan sekerja Sarah. Suatu hari, Tiara telah diculik dan Sarah bersama Rina telah menyiasat kehilangan Tiara!

Adakah Sarah dan Rina akan bersatu hati demi mencari kawannya yang telah diculik tersebut? Adakah penyiasatan merek berjaya?

  • penyiasat viral
  • penyiasat viral

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk saksikan telefilem Penyiasat Viral pada 19 April ini, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih dengan muat turun di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here