Jangan lupa saksikan telefilem Penumpang yang akan menemui penonton pada 17 September 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 dan secara online di Astro Go.
Tayangan : Slot Citra Exclusive di Astro Citra 108
Tarikh : 17 September 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Harith Al-Bakri
Production : KL Motion Picture Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon utama yang membintangi telefilem ini ialah Rashidi Ishak, Zizi Zulkifli dan Puteri Balqis Ashiqin. Hampir keseluruhan cerita hanya melibatkan tiga pelakon ini sahaja.
Watak Lakonan
- Rashidi Ishak sebagai Dr. Azmi
- Zizi Zulkifli sebagai Melissa
- Puteri Balqis Ashiqin sebagai Maz
Sinopsis Telefilem Penumpang
Telefilem Penumpang mengisahkan tentang kejadian pelik yang berlaku di rumah Dr. Azmi sehingga dia menyangka yang dirinya mengalami amnesia dan seolah-olah berkhayal.
Walaubagaimanapun, setelah isterinya Melissa yang turut mengalami pelbagai kejadia pelik dan menjumpai rambut di dalam tandas. Sejak itu, Azmi mula mengesyaki ada orang yang tidak diundang tinggal dirumahnya.
Adakah ada ‘sesuatu’ yang tinggal dan menjadi ‘penumpang’ dalam rumah Dr. Azmi.. Tapi apa? Siapa?



