- advertisement -

Jangan lupa saksikan ulang siar telefilem Peninggalan Arwah yang akan menemui penonton pada 16 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama di TV3 atau tonton secara online di www.tonton.com.my.

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 16 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : PGRs Team, Chinta Nadessha & Okthi Amra
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Syed Irfan, Azzahra Ahmad, Ku Fridah, Aleza Shadan, Izzue Islam, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Arash Mohd sebagai Azrul
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Liyana
  • Izzue Islam  sebagai Aiman (Dewasa)
  • Nafiez Zaidi sebagai Izhan (Dewasa)
  • Aleza Shadan sebagai Cikgu Waheda
  • Nur Qistina Raisah sebagai Fatihah Kecil
  • Syed Ali Murtadza sebagai Faris Kecil

Sinopsis Telefilem Peninggalan Arwah

Telefilem Peninggalan Arwah mengisahkan tentang dua beradik, iaitu Fatihah dan Faris yang tidak disukai oleh ayah kandung mereka. Sejak kematian ibu mereka iaitu Farah, ayah mereka iaitu Azrul langsung tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya.

- advertisement -

Selepas berkahwin dengan Liyana. Kekayaan Azrul hari ini adalah kerana hasil peninggalan arwah isterinya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai perniagaan sendiri. Mengikut hukum yang telah ditetapkan, Azrul tidak amanah kerana dia menikmati kemewahan itu sendiri.

Azrul sehingga menganggap isteri pertamanya, Farah curang dengannya. Di rumah Azrul, Fatihah dan Faris selalu diseksa oleh ibu tiri mereka. Apabila Faris dan Fatihah besar, Azrul dan isterinya mendapat balasan sendiri.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here