- advertisement -

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem romantik komedi berjudul Pen Merah Pen Biru yang akan bersiaran pada 27 Mac 2022 menerusi slot Layar Okey di RTM TV Okey.

BACA : Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey (Layar Okey)

Telefilem arahan Malek Rahman yang bakal bersiaran ini bakal menampilkan pelakon Azrel Ismail dan Azar Azmi sebgai peneraju utama sepanjang penceritaan yang mengisahkan tentang mereka berdua.

Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Penerbit : Saodah Majid
Produksi : BKB Productions Sdn. Bhd.

- advertisement -
Pen Merah Pen Biru

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Azrel Ismail, Azar Azmi, Fadilah Mansor, Aida Khalida, Naim Anuar, Nurfatihah Annisa dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Faris
  • Azar Azmi sebagai Mas Nur Iman
  • Nurfatihah Annisa sebagai Farahin
  • Fadilah Mansor sebagai Puan Lela
  • Aida Khalida sebagai Puan Habsah

Sinopsis Telefilem Pen Merah Pen Biru

Telefilem Pen Merah Pen Biru mengisahkan tentang 2 orang guru muda iaitu Faris seorang guru disiplin dan juga Mas Nur Iman seorang guru yang juga minat terhadap aktiviti lasak seperti menunggang motor.

Kisah mereka bermula apabila mereka telah diatur oleh pihak keluarga untuk berkahwin dan menyebabkan sering timbul kekecohan antara Faris dan Mas Nur Iman. Sedangkan tiada rasa cinta antara hati mereka

Adakah hubungan pada akhirnya akan timbul rasa cinta? Atau adakah ianya berakhir sebaliknya? Pelbagai adegan lucu yang berlaku sepanjang perjalanan kehidupan kisah mereka.

Pen Merah Pen Biru

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Pen Merah Pen Biru pada 27 Mac ini, hari Ahad jam 2.30 petang di slot Layar Okey di TV Okey (Myfreeview 110 dan Astro 146).

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklikrtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here