Minggu ini, Citra Exclusive membawakan sekali lagi sebuah telefilem seram, Pemuja Kubur yang akan bersiaran pada 2 Jun 2021 di Astro Citra. Selepas layan Tanah Kubur Peneman pada minggu sebelum ini, kali ini kisah seram pula.
Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Azmir Affandi
Idea Asal : Syawal Azrai Que
Penulis Skrip : Sri Kandi Emma dan Sri Dewi
Produksi : Heritage Movies Sdn. Bhd.
Pelakon : Beto Kusyairi, Aedy Ashraf, Kaka Azraff, Elly Suriati, Man Kobena dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Pemuja Kubur
Telefilem Pemuja Kubur mengisahkan tentang 2 sahabat Zarul (Beto Kusyairi) dan Azhar (Aedy Ashraf) yang bercita-cita untuk merialisasikan apa yang dihajati tetapi dengan menggunakan jalan pintas. Caranya adalah menggunakan bomboh.
Zarul ingin menjadi kaya, manakala Azhar ingin mendapatkan kekasih hati untuk berkahwin. Disebabkan sifat tamak, mereka mengikut segala arahan bomoh tersebut dengan menggali kubur perempuan mati beranak untuk mendapatkan tali pocong sebagai azimat nombor ekor dan mendapatkan minyak dagu.
Disebabkan itu, akhirnya memakan diri apabila telah membuatkan mereka diganggu oleh makluk halus. Bukan pada diri mereka sahaja, tetapi terkesan pada keluarga mereka juga. Sampai bilakah mereka mampu bertahan? Adakah jalan pulang bagi mereka?
Waktu Bersiara
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Pemuja Kubur, pada 5 Jun ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam di Citra Exclusive di Astro Citra. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

