- advertisement -

Slot Drama On 2 di teruskan lagi dalam bulan Ramadan ini dengan sebuah telefilem terbaru berjudul Pelampung yang akan menemui penonton pada 4 April 2022 di saluran RTM di TV2.

Sebuah telefilem berbentuk hiburan disamping pengajaran yang akan disampaikan ini bakal menampilkan pelakon hebat Nabila Huda bersama pelakon remaja Yuyun Hikmah sebagai penarju utama sepanjang penceritaan.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Jason Chong
Penulis Skrip : Jason Chong
Penerbit : Aida Aris
Produksi : CintaKasih Productions Sdn. Bhd.

pelampung

Barisan Pelakon

Antara pelakon Pelampung yang terlibat ialah Nabila Huda, Yuyun Hikmah, Aida Aris, Jason Chong, Rahhim Omar, Aiman Rahman dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Nabila Huda sebagai Yati
  • Yuyun Hikmah sebagai She
  • Rahhim Omar sebagai Pak Ali
  • Aida Aris sebagai Erma
  • Aiman Rahman sebagai Rayyan
  • Jason Chong sebagai David

Sinopsis Telefilem Pelampung

Telefilem Pelampung mengisahkan tentang seorang gadis remaja bawah umur iaitu She yang diabaikan oleh ibunya berikutan sibuk bekerja sehingga mengabaikan dan lupa tentang anaknya sendiri.

Pada satu hari sesuatu telah berlaku dimana She terpaksa menghadapi dilema kerana tidak tahu bagaimana dirinya boleh mengandung.

pelampung

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telemovie Pelampung yang akan bersiaran pada 4 April ini, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here