- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Peah Singa pada 19 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat 2606 Skyline Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria dengan penulisan skrip daripada Mohd Shahremu Ikmal.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 19 Mei 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : 2606 Skyline Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Peah Singa seperti Miera Leyana, Izzue Islam, Azzahra Ahmad, Najua P. Ramlee, Ilya Buang, Muhammad Shahazrien, Suraya Ghani, Ti Arneez, Syaza Alya dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Miera Leyana sebagai Peah
  • Izzue Islam sebagai Aifan
  • Azzahra Ahmad sebagai Azlin
  • Najua P. Ramlee sebagai Kak Biah
  • Ilya Buang sebagai Pak Ngah
  • Muhammad Shahazrien sebagai Malek

Sinopsis Telefilem Peah Singa

Telefilem Peah Singa mengisahkan tentang Peah iaitu seorang anak dara awal 30an masih belum berkahwin kerana sikapnya yang terlalu garang sehingga ditakuti ramai. Berbeza dengan Aifan yang berperwatakan lembut dan berhati sensitif.

Pak Ngah berjanji kepada Peah akan menolongnya dengan menemukannya dengan Aifan. Akhirnya mereka disatukan selepas masing-masing tidak kisah untuk berkahwin dengan sesiapapun.

Bagaimanapun kehidupan rumah tangga mereka sering bergolak kerana perbezaan karakter. Bukan itu sahaja, perkahwinan mereka turut menjadi umpatan orang kampung. Namun satu peristiwa berlaku telah mengubah kehidupan mereka.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here