Sebuah telefilem komedi berjudul Pak Kodi Diserang Zombie yang bakal menemui penonton pada 21 Januari 2022 menerusi saluran TV3. Ianya bagi menggantikan drama Gerak Khas Undercover yang berhenti untuk musim pertama.
Telefilem terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. arahan Faizul Rashid ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Ropie, Nabila Huda, Issey Fazlisham dan ramai lagi.
Mungkin sebelum ini kita biasa tengok sitkom J.K.K yang disiarkan di TV3 dimana terdapat banyak watak komedi dalam drama tersebut seperti Bijan, Pak Din, Lola, Pak Kodi dan ramai lagi.
Naskah kali ini dibawa dalam sebuah telefilem bersama watak-watak tersebut tetapi lebih fokus kepada watak Pak Kodi yang dimainkan oleh Ropie. Pastinya lebih banyak gelak-ketawa yang bakal diterima oleh penonton.
Judul : Pak Kodi Diserang Zombie
Pengarah : Faizul A. Rashid
Penerbit : Jelena Rejab & Syawal Aiman
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
Pelakon : Ropie, Nabila Huda, Nelissa Nizam, Naqiu, Issey Fazlisham, Shah Kimin dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Pak Kodi Diserang Zombie
Cerita Pak Kod Diserang Zombie mengisahkan Pak Kodi yang telah merajuk dengan komuniti Kampung Kalut.
Disebabkan itu, dia membawa diri dan berpindah ke rumah anak saudaranya, Alif. Disitu dia membuat keputusan untuk bekerja dengan membuka cafe hipster.
Tiba-tiba mereka diserang makhluk pelik. Adakah ianya zombie? Kenapa zombie menyerang Pak Kodi?
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Pak Kodi Diserang Zombie pada 21 Januari ini, hari Jumaat jam 10.00 malam di TV3. Selain itu, anda boleh saksikan secara online di portal Tonton.