- advertisement -

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan dengan sebuah telefilem seram komedi berjudul Orang Minyak Kampung Lenggong yang ditayangkan pada 8 Januari 2022 di slot Citra Exclusive di Astro Citra.

BACA : Saksikan Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman (Slot Citra Exclusive Astro Citra)

- advertisement -

Sebuah telefilem yang menampilkan hero Malaya, Faizal Hussein yang akan memegang watak utama disamping pelakon-pelakon lain sepanjang cerita ini dilangsungkan.

Tayangan : Slot Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : MF Kenchana
Penerbit : Dato Jurey & Datin Stelyviana Vie
Produksi : World Evolution Brain

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membarisi telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong ini seperti Faizal Hussein, Dato Hilal Azman, Dato Jurey, Taufik Hanafi, Man Belon, Taufik Hanafi, Saiful Ghaz, Suhaimi Sulaiman dan ramai lagi

  • Faizal Hussein sebagai AMIR
  • Dato Hilal Azman sebagai KETUA KAMPUNG
  • Men Belon sebagai TAUKEY WARONG
  • Dato Jurey sebagai KETUA BUNIAN
  • Taufik Hanafi sebagai MAT
Orang Minyak Kampung Lenggong

Sinopsis Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong

Orang Minyak Kampung Lenggong mengisahkan Amir (Faizal Hussein) yang ingin menjadi kaya dengan meminta bantuan Tok Ketua Kg. Bunian (Dato Jurey).

Walaupun begitu ada syarat yang mesti dipatuhi dimana Amir tidak dibenarkan mengambil rasuah apabila dia menjadi kaya kelak.

Tetapi Amir telah melanggar syarat dan telah melakukan rasuah dan sekali gus jatuh miskin semula.

Amir terpaksa melakukan ‘sesuatu’ terhadap 21 lelaki yang mengambil rasuah di Kampung Lenggong untuk dia mendapatkan semula kekayaannya. Adakah beliau berjaya?

  • Orang Minyak Kampung Lenggong
  • Orang Minyak Kampung Lenggong

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong pada 8 Januari ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra CH108.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasinya yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here