- advertisement -

TV3 bawakan sebuah telefilem komedi berjudul Oh My Vaksin yang mana ianya berkaitan situasi semasa iaitu pengambilan vaksin Covid-19 yang bakal menemui penonton pada 4 Februari 2022.

BACA : Telefilem Pak Kodi Diserang Zombie Di TV3

Telefilem terbitan Wiranusa Production daripada pengarah Haizul Anafer ini menampilkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Redza Rosli, Bella Dally, Syafi Tee dan ramai lagi.

Tayangan : TV3
Pengarah : Haizul Anafer
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin
Produksi : Wiranusa Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Redza Rosli, Bella Dally, Syafitee, Hamdan Senario, Kazar, Enot, Kak Girl dan ramai lagi

- advertisement -
oh my vaksin

Sinopsis Telefilem Oh My Vaksin

Telefilem Oh My Vaksin mengisahkan Izzue seorang antivaksin dan degil sehingga menghasut penduduk sekampung supaya tiadk mendaftar sebagai penerima vaksin. Tambahan lagi, dia juga menyebarkan benda buruk mengenai vaksin.

Dalam masa yang sama, Izzue juga tidak sebulu dengan rakannya, Raihana yang kononya membawa pengaruh luar untuk disebarkan di Malaysia. Jadi ramai yang terpengaruh dengan berita yang tidak betul yang disebarkan oleh Izzue.

Macam mana agaknya orang kampung nak sedarkan Izzue tentang kepentingan vaksin bagi melawan Covid-19 ini? Anda kena saksikan sendiri.

oh my vaksin

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Oh My Vaksin yang akan bersiaran pada hari Jumaat, 4 Februari ini jam 10.00 malam di saluran TV3. Anda juga boleh saksikan secara online menerusi platform Tonton.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here