- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Nur 3 Pagi yang akan menemui penonton pada 30 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Kamal Sumbu, Rashid Jaafar, Khatijah Tan, Rahim Jelani, Shahir Aniq, Nizam Kama dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azira Shafinaz sebagai Nur Jannah
  • Syafiq Kyle sebagai Fariz
  • Kamal Sumbu sebagai Fendi
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Harun
  • Khatijah Tan sebagai Mak Siti
  • Rahim Jelani sebagai Abdul Hayy

Sinopsis Telefilem Nur 3 Pagi

Telefilem Nur 3 Pagi mengisahkan tentang kehidupana Nur Jannah yang mula berpindah ke kampung halaman bersama ibubapanya setelah lama menetap di ibu kota. Di kampungnya, dia telah berkenalan dengan Fariz.

- advertisement -

Setelah beberapa lama berkenalan, mereka bertunang. Beberapa minggu selebum perkahwinannya, Nur sering terjaga tepat pada pukul 3 pagi. Fariz akan menasihatinya untuk solat tahajud dan berselawat.

Suatu hari, Fariz telah mengalami kemalangan semasa berada di dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Nur. Nur masih terjaga setiap pukul 3 pagi dan tidak dapat melelapkan mata.

Oleh itu, Nur telah mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Cerita dalam blog Nur akhirnya sampai ke bacaan Abdul Hayy. Abdul Hayy rupa-rupanya ayah kandung Nur.

Dia telah berjumpa dengan Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya dan terbongkar kebenaran bahawa Fariz itu merupakan saudara susuan Nur. Adakah Nur dapat menerima segala kenyataan yang baru diterima tentang dirinya sendiri?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here