Minggu ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sebuah telefilem seram berjudul Nota yang akan bersiaran pada 14 Februari 2022 menerusi slot Drama On 2 di siaran TV2.
BACA : Telefilem Final Wish Di TV2 (Drama On 2)
Telefilem arahan Nuad Haji Othman ini bakal menggandingkan pelakon seperti Fizo Omar, Ezzaty Abdullah, Mimi Ernida dan ramai lagi.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Nuad Hj. Othman
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Penerbit : Dinie Ismail
Produksi : Nuad Production Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Fizo Omar, Ezzaty Abdullah, Mimi Ernida, Amar Asraf, Ikhwan Khairudin, Reza Hasbi dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Nota
Telefilem Nota mengisahkan tentang Mazni dengan perancangannya bagi menghasilkan sebuah skrip telemovie.
Walaubagaimanapun, penghasilan cerita tersebut adalah rancangan Mazni untuk membunuh lelaki yang disyaki ada kaitan dengan kamatian kakaknya.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Nota yang akan bersiaran pada 14 Februari ini, hari Isnin jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal RTM KLIK iaitu di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.