Saksikan telefilem Nawfal Nak Raya yang dibawakan sempena Aidilfitri yang akan menemui penonton pada 15 Mei 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di saluran Awesome TV dan kandungan online lain di awesometv.my
Tayangan : Telefilem Raya di Awesome TV
Waktu : 15 Mei 2022 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Aloy Paradoks
Pengarah : Issey Fazlisham
Penulis Skrip : Aloy Paradoks
Produksi : Read Bean Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi telefilem raya ini ialah Nadiya Nisaa, Jay Nazif, Beto Kusyairy, Ain Sufiya, Fudail Dayyan, Duerra Mitilda, TJ Isa (Mat Kuda) dan ramai lagi.
Sinopsis Telilem Nawfal Nak Raya
Telefilem Nawfal Nak Raya mengisahkan tentang kehidupan anak-anak di ibu kota (Jalan Chow Kit dan Kampung Baru) yang bersemangat untuk menyambut hari raya..
Berbeza dengan sambutan tahun sebelumnya, kali ini, Nawfal bersungguh-sungguh untuk beraya dengan meriah. Oleh itu, dia perlukan baju raya baru kerana baju yang lama sudah dipakai beberapa kali dan tidak muat.
Oleh itu, Nawfal mengajak rakan baiknya, Rosyam Nor untuk mengumpul duit demi menunaikan impiannya untuk beraya dengan meriah kali ini.