TV9 akan bawakan sebuah telefilem komedi tontonan ramai berjudul Nasi Ambeng Timah yang akan bersiaran pada 25 Mac 2022 menerusi slot Skrin di 9.
BACA : Saksikan Telefilem Cincin Pusaka Di TV9
Telefilem arahan Eoon Shuhaini ini bakal memperlihatkan pelakon seperti Amy Nur Tinie yang akan melontarkan dialog bahasa Jawa untuk beberapa babak. Pasti lucu dengan telatah pelakon-pelakon yang terlibat.
Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Pengarah : Eoon Shuhaini
Idea Asal : Azura Halid
Penulis Skrip : Myra Sofea
Penerbit : Punyakumari Periasamy
Produksi : Universal Excel Creation Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Amy Nur Tinie, Dato Ahmad Tarmimi, Dato Jalaluddin Hassan, Amar Asyraf, Shafiq Sahli, Esma Daniel dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Amy Nur Tinie sebagai Timah
- Dato Tarmimi sebagai Wak Karjo
- Dato Jalaluddin Hassan sebagai Tok Seman
Sinopsis Telefilem Nasi Ambeng Timah
Telefilem Nasi Ambeng Timah mengisahkan Wak Karjo yang mencarikan jodoh untuk anak perempuannya Timah. Calon jodoh Timah kenalah makan nasi ambeng hari-hari.
Nasi Ambeng ini merupakan makanan tradisi orang jawa yang didalamnya ada banyak komponen terdiri daripada, nasi putih, ayam masak kicap, serunding kelapa, sambal goreng, ikan masin dan juga mi goreng.
Adakah ada pemuda yang akan mengahwini Timah pada akhirnya nanti?


Waktu Siaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Nasi Ambeng Timah pada 25 Mac ini, hari Jumaat, jam 8.30 malam di slot Skrin di 9 di TV9. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton.