Awesome TV sekali lagi membawakan sebuah telefilem baru, Musafir Ke? yang akan disiarkan pada 9 Mei 2021 melalui slot Ohsem Tele.
BACA : Saksikan Telefilem Mak Adib Pulang Di Awesome TV (Ohsem Tele)
Telefilem Musafir Ke? merupakan sebuah karya arahan Johan Bahar dengan menampilkan barisan pelakon seperti Razak Ahmad, Fadhilah, Sharif Zero, Sharifah Husna dan ramai lagi.
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Johan Bahar
Penerbit : Issey
Penulis Skrip : Shaza Talib
Produksi : Red Bean Productions Sdn. Bhd. dan Awesome TV
Pelakon : Sharif Zero, Fadhilah, Sharif Zero, Razak Ahmad, Sharifah Husna, Dian P. Ramlee dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Musafir Ke?
Telefilem Musafir Ke? menceritakan kisah seorang suami yang tidak pernah berenggang dengan isteri terpaksa ‘berpisah’ dengan isterinya apabila perlu menjaga anaknya yang sedang dalam pantang.
Paling mengharukan ialah si isteri terkandas di rumah anak akibat lockdown dan keadaan semakin kacau bilau apabila beliau didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali pada bulan Ramadan. Siapakah orang tersebut? Apa kah yang terjadi seterusnya?
Waktu Tayangan
Telefilem ini akan ditayangkan pada 9 Mei 2021, hari Ahad, jam 9.00 malam di slot Ohsem Tele Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112. Anda juga boleh tonton secara online melalui website Awesome TV di www.awesometv.my beberapa hari selepas tayangan di TV.